Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan
menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah,
siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan
nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan,
Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan
pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.
Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar.
Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu
dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk
cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi
dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”.
“Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa. “Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya
kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah
menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”,
sambungnya. “Setiap hari aku berdoa
kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka
menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang
akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua
ibubapanya. Ibu bapaknya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.” Allah juga berfirman lagi yang bermaksud :
“Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya
.Tempat kedua ibu bapaknya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.
” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan
masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun
perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga
mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun
dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah
S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan
membantu kedua ibubapanyamendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para
ibubapa di alam kubur.erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya
bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seoranganak pada kedua ibubapanya ialah dengan
doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi
Allah. kita x setanding hamba Allah nie kan....
zaman sekarang zaman yang penuh dengan kekejaman... anak2 da lupa pengorbanan ibu bapa mereka
lbih sng lpk atau keluar dengan kwn2 berbnding mak ayah sendri...
x heran la ade anak yg sggop buang mak ayah..anak2 laki skang kebanyakan menyusahkan...
x ketinggalan ank2 pmpuan...mne dengan liarnya....lepak n habiskan duet mak ayah
suh kje mls..bergaya n berlagak no1...pkir la....korang nk ke rase xde org nk amek tau lg pasal korang
dalam dunia nie....huhuhu... yg pnting...AKU SYG MAK AYAH AKU!!!
No comments:
Post a Comment