Followers

Friday, December 16, 2011

untuk lelaki macho!!



andai lelaki tahu...apabila seseorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya.

andai lelaki tahu...apabila seseorang perempuan marah, dia akan menangis..tetapi percayalah semakin kuat cintanya semakin mudah terguris hatinya

andai lelaki tahu...apabila perempuan banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andainya lelaki tahu...apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi masa depan anda.

andai lelaki tahu...apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnyer. percayalah, hati perempuan sangat lembut.


andainya lelaki tahu...apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!" dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahukan pujukan dan kasih sayang anda. luanglah sedikit masa untuk memujuk hatinya kembali.

pss// pesanan nie pon leh diguna untuk perempuan jugak...disebabkn aku perempuan..aku post tok lki la..kahkahkah

No comments:

Post a Comment